Pasangan suami isteri rebah lepas makan kulat beracun disangka ‘kulat tahun’

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PASANGAN suami isteri dikejarkan ke hospital selepas mengalami keracunan makanan dipercayai akibat tersalah memakan kulat liar yang disangka sebagai ‘kulat tahun’ dalam kejadian di Kampung RTP Padang Besar, Padang Cicak, Mukim Jeneri, Sik, petang semalam.

Pengerusi Briged Sukarela Yayasan Jariah Malaysia (BSYJM), Mahadzir Abd Hamid berkata, pasangan berusia 28 tahun itu, Muhd Basir Abidudin Abd Razak dan isterinya, Intan Nabila Mazelam, dipercayai memasak kulat berkenaan sebagai hidangan tengah hari sebelum mengalami simptom keracunan.

Beliau berkata, tidak lama selepas menikmati hidangan itu, kedua-dua mangsa mengalami muntah serta cirit-birit yang teruk sehingga menyebabkan keadaan mereka semakin lemah.

“BSYJM menerima panggilan kecemasan pada jam 4.40 petang sebelum menggerakkan dua ambulans ke rumah mangsa dan tiba kira-kira 12 minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, kedua-dua mangsa didapati rebah di dalam bilik air dalam keadaan sangat lemah, manakala ruang rumah dipenuhi kesan muntah dan najis,” katanya dalam satu kenyataan.

Mahadzir berkata, lima anggota BSYJM segera menjalankan operasi menyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan pasangan terbabit dari rumah mereka.

Menurutnya, operasi itu berdepan cabaran kerana kedua-dua mangsa yang dianggarkan mempunyai berat keseluruhan kira-kira 280 kilogram selain keadaan rumah yang sempit.

“Proses membawa keluar kedua-dua mangsa mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum mereka dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital Sik untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada penduduk kampung yang membantu mengangkat mangsa sepanjang operasi berkenaan.

Katanya, operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 7 malam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Proton S70, pembiayaan fleksibel pacu transformasi industri teksi negara – Loke

KERAJAAN memperkenalkan pendekatan baharu bagi mentransformasikan industri teksi negara menerusi penggunaan Proton S70 sebagai teksi generasi baharu, penyediaan pakej...

More Articles Like This