Culik bekas kekasih: Reman tukang gunting disambung hingga esok

Dari Penulis

SEORANG tukang gunting rambut yang ditahan pada Jumaat lalu kerana menculik bekas kekasih serta anaknya disambung tahanan reman sebingga esok bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, perintah reman berkenaan telah dipohon di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Shah Alam, M. Mageswary.

Jelasnya, kertas siasatan telah dirujuk kepada Pendakwa Raya Tengku Intan Suraya Tengku Ismail di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan, semalam.

Mengulas lanjut, pertuduhan telah dibuat pada hari ini di hadapan Nur Faizah Abdul sani di Mahkamah Majistret 3 Shah Alam.

“Tertuduh tidak mengaku bersalah dan diminta dibicarakan dan jaminan sebanyak RM4,000 telah ditawarkan kepada tertuduh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, UtusanTV melaporkan suspek telah menculik bekas kekasih wanita bersama anak lelakinya di hadapan Tadika Pasti Khaleef dekat U12, Shah Alam.

Baca artikel berkaitan : Tukang gunting culik bekas kekasih, anak diberkas

Jelasnya, suspek telah bertindak menolak mangsa ke tempat duduk penumpang sebelum merampas kenderaan ketika anak mangsa sedang menaiki kereta.

Difahamkan, suspek bertindak sedemikian terhadap mangsa yang berusia 33 tahun itu kerana masih menyayangi bekas kekasihnya itu.

Malah, hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This