Pengarah syarikat didenda RM5,000 tebang pokok PBT

Dari Penulis

GARA-GARA menebang pokok Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) tanpa kebenaran, seorang pengarah syarikat dijatuhi hukuman denda sebanyak RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kuantan, hari ini.

Menurut MBK dalam kenyataan di akaun rasmi Facebook miliknya, tertuduh mengaku salah setelah pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Tindakan tertuduh menebang pokok dengan ukur lilit melebihi 0.8 meter itu bersalahan dengan seksyen 35H (1) Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 .

Tertuduh melakukan perbuatan tersebut di hadapan premis 80A, 80B dan 80C, Jalan Teluk Sisek.

Kerja-kerja menebang itu dimulakan sekitar pukul 5 pagi hingga 9.00 pagi, 14 Mei lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This