Bukan mudah untuk menerima hakikat kehilangan insan tersayang sekelip mata. Biarpun sudah mula menerima suratan takdir, namun sukar untuk melupakan setiap detik bersama. Malah ada kalanya terasa bagai si dia masih ada dan mungkin sedang bekerja atau punya tugas di luar kawasan.

Perkongsian Nurul Mohd ini cukup menjentik hati terutamanya bagi mereka yang telah kehilangan suami tercinta. Biarpun sudah setahun berlalu, namun kebiasaannya berkongsi cerita dan masalah dengan arwah suami membuatkannya tersentak.

Tersentak kerana saat dia cuba menghubungi cinta hati kerana tertinggal kunci di dalam rumah, baru dia sedari, suaminya telah setahun lalu meninggal dunia.

“That moment

Berkali-kali saya fikir untuk menulis coretan ini.

Bimbang membawa andaian buruk. Bukan mahu menjadi attention seeker.

Bimbang ia akan trigger sahabat2 senasib

Tapi, saya tuliskan juga supaya anda yang membacanya, jika masih berpasangan, lihat ke mata pasangan anda hari ini…dan bersyukurlah.

Semalam, saya ceritakan tentang saya terkunci di luar dan tertinggal kunci di dalam rumah.

That moment.

That 3 seconds setelah saya tarik door knob dan tersedar yang kunci tertinggal di dalam.

That 3 seconds yang saya menggelabah dan mula mengambil handphone untuk membuat panggilan.

That 3 seconds yang buat saya tersentak.

That 3 seconds yang buat saya sedar…

Saya dah takde suami.

Saya dah takde suami untuk saya adukan

Saya dah takde suami untuk saya tanya pendapat

Saya dah takde suami untuk saya share panik

That damn 3 seconds!

3 seconds yang membuat saya seolah-olah di vakum ke satu ruang kosong

That 3 seconds yang buat saya sedar “saya kehilangan”

Kehilangan. Pada hari ke-347 pemergian suami.

Jika hari2 sebelum ini saya lalui dengan tenang atau sedikit down tetapi rasa itu tidak begitu dalam.

Anak sakit?

Harung la sorang2, nak tak nak..kena hadap.

Anak merengek nak yayahnya?

Sakit.

Tapi tidak seperti this 3 seconds.

Sebab, somehow saya sudah “blended” dengan rasa itu.

Anda nak tahu tak grief itu bagaimana?

Ini lah grief.

Bukan soal terkunci.

Kerana saya tahu ia ada solusi.

Tapi that moment yang buat saya terbuang ke rasa yang sama pada awal2 kehilangan.

Dan grief ini membawa saya tidur malam tadi dalam linangan air mata.

Rasa rindu membuak-buak

Rasa marah dengan takdir

Rasa sedih dengan takdir

Dan terkeluar lah kata2: “sayang, why did u leave me?”

Dan pagi ini, emosi ini masih ada. Mata bengkak kerana tangisan tanpa henti. Bawa kereta pun menangis.

Sakit, sahabat2.

Sakit sangat2.

Be glad that you dont understand.

~ nurul ~”

Sumber : Nurul Mohd