160 usahawan muda sertai Program Bijak Usahawan YBR

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SERAMAI 160 usahawan muda sekitar Johor telah menyertai Program Bijak Usahawan Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Persatuan Belia Bintang Selatan Johor Bahru.

YBR dalam kenyataan memaklumkan, program keusahawanan selama dua hari berakhir semalam itu bertujuan mengukuhkan pengetahuan asas keusahawanan dalam bidang perniagaan yang diceburi usahawan muda berkenaan.

Menurutnya, peserta turut didedahkan mengenai pengurusan perniagaan melalui tiga modul bermula daripada peringkat asas, pengurusan pentadbiran serta perakaunan sehinggalah menembusi peringkat pasaran dalam talian dan penjenamaan.

“YBR berharap dengan penganjuran program seperti ini dapat memberi satu momentum besar kepada usaha melahirkan usahawan muda yang berdaya saing dan berdisiplin dalam memperkasa pembangunan ekonomi masyarakat serta negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Program Bijak Usahawan YBR itu telah dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Aznan Tamin di Kota Tinggi.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Syaiful Rizal Abdul Ghani; Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi, Ruhisyam Ibrahim dan Pengerusi Persatuan Belia Bintang Selatan Johor Bahru, Nor Akmal Muhammad.

Baca artikel berkaitan: YBR sumbang 35 ekor lembu sempena ibadah korban

Sementara itu, Aznan berkata, usaha dilakukan YBR itu merupakan langkah terbaik khususnya membantu anak muda terus bergiat aktif dalam bidang keusahawanan sebagai kerjaya utama mendepani masa depan lebih baik.

Menurut beliau, rata-rata usahawan muda mempunyai idea dan produk tersendiri untuk diperkenalkan, namun tiada bimbingan serta asas pengetahuan mencukupi.

“Pengalaman sahaja tidak cukup dalam membantu seseorang usahawan untuk membangun dan berkembang ke peringkat seterusnya tanpa pengetahuan asas serta sokongan daripada individu atau entiti yang mahur dalam bidang perniagaan.

“Galakan dan dorongan perlu diberikan kepada golongan usahawan muda dalam merancang strategi pemasaran yang lebih baik serta memastikan perniagaan mereka mempunyai matlamat jelas.

“Ia juga secara tidak langsung membantu meningkatkan ekonomi serta pendapatan isi rumah,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This