YAYASAN Bank Rakyat (YBR) menyediakan peruntukan bagi pembelian 35 ekor lembu bagi melaksanakan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha untuk diagihkan sekurangkurangnya 4,650 golongan asnaf serta yang kurang berkemampuan.

Program yang melibatkan sukarelawan terdiri daripada pelajar tajaan YBR dalam membantu komuniti setempat bagi menguruskan ibadah korban.

Inisiatif itu juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan proses penyembelihan halal kepada masyarakat khususnya pelajar tajaan dan masyarakat mengenai sembelihan menurut Islam.

Di salah satu lokasi penerima program bantuan korban ini di sekitar Kuala Pilah telah disertai oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Adnan Abu Hassan.

Turut hadir Pengurus Besar Wilayah Tengah Felcra Berhad, Mustafa Sulaiman, Pengurus Kawasan Temeris Felcra Berhad, Dahari Mohd Sham dan Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani yang dilaksanakan bertempat di Kampung Temeris.

Sementara itu, Adnan berkata, program ini diharapkan dapat membantu 400 penerima terutamanya yang berada dalam kalangan keluarga B40, asnaf, mereka yang uzur dan penduduk setempat yang terjejas di sekitar Kuala Pilah.

Cakna dengan situasi masyarakat yang terkesan akibat gelombang Covid-19 yang melanda sejak dua tahun ini dan juga melihat kepada keadaan ekonomi yang tidak menentu, program sebegini diharapkan dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik melalui amal jariah dan secara tidak langsung meningkatkan ilmu serta kesedaran dalam membantu masyarakat, katanya.

Tambah beliau lagi: “Bantuan yang disalurkan melalui program sebegini bertepatan dengan semangat sambutan Hari Raya Aidiladha, umat Islam digalakkan bersedekah serta memuliakan golongan yang memerlukan dan sebagai tanda ikhlas YBR dalam membantu mereka yang memerlukan dalam meneruskan kehidupan”.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram