Rossa Sera enggan dedah status perkahwinan, belum mahu beri peluang kedua kepada Shuk Sahar

Dari Penulis

ISTERI kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera mengaku masih menyayangi lelaki itu namun bukan sebagai suami tetapi lebih kepada teman baik.

Malah menurut Sera atau Rossalennah Natassiyah Asshaferah, dia juga tidak bercadang untuk memberikan peluang kedua kepada Shuk kerana sudah hampir lima tahun dia memendam rasa.

“Rasa saya masih ada tapi sebagai kawan. Peluang kedua? Saya tak tahu nak cakap perkara ni sebab ke depan macam mana. Tapi saya dengan dia okay sebagai kawan. Dalam masa sekarang ini tak boleh jamin. Untuk satu tahun ni, tak. Macam tu lah.

“Kalau ditanya ada rasa sayang tak, mestilah saya sayang dan cintakan dia, tapi tulah kawan sahaja macam tu. Saya tidak ada rasa lain,” katanya memetik Harian Metro.

Dalam pada itu, Sera berkata dia tidak pernah menghalang Shuk untuk bertemu dengan anak-anak.

“Anak-anak memang dengan saya. Cuma masa Hari Raya Aidilfitri tempoh hari Shuk ada pergi jumpa anak di Sabah. Hubungan anak-anak dengan Shuk saya beri kebebasan, tidak ada had.

“Memandangkan Shuk sudah menetap di Pulau Pinang, jadi setiap kali ada kerja di Kuala Lumpur dia boleh saja melawat dan berjumpa anak-anak. Pendek kata hubungan anak-anak dengan Shuk tidak ada masalah,” ulasnya.

Sementara itu, Sera enggan mengulas mengenai status perkahwinannya dengan Shuk.

“Maaf, saya tak boleh jawab yang ini. Saya minta maaf,” tuturnya.

Terdahulu, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada tahun 2015. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2
.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This