Puteri Sarah ucap tahniah atas kejayaan filem Mat Kilau, pernah ke lokasi penggambaran beri sokongan

Dari Penulis

AKTRES Puteri Sarah Liyana mengucapkan tahniah kepada suaminya, Syamsul Yusof atas kejayaan filem arahannya iaitu Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang meraih kutipan RM90 juta setelah 33 hari ditayangkan di pawagam.

Walaupun berdepan dengan ujian membabitkan rumah tangganya, namun Puteri Sarah tetap berbangga selain menyaksikan sendiri kepayahan suaminya menyiapkan filem epik berkenaan sehingga berada dalam senarai karya pecah panggung dalam sejarah perfileman tempatan.

“Saya nak ucapkan tahniah kepada Mohd Syamsul dan juga pasukan Mat Kilau kerana saya tahu macam mana proses mereka ‘shooting’ (penggambaran) dulu.

“Kalau nak ikutkan, saya baru mengandungkan Sumayyah (anak kedua) ketika itu. Jadi, saya ada pergi ke lokasi penggambaran beri sokongan. Saya tahu proses yang dilalui mereka ketika penggambaran termasuk masalah di lokasi dan proses suntingan pun dibuat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya memetik Harian Metro.

Malah, kejayaan itu juga disifatkan sebagai berkat doa dan sokongan orang ramai terhadap naskhah terbabit.

“Berbanyak tahniah kepada semua pelakon, pasukan dan kru yang paling penat sekali. Dan juga kepada pengarah. Alhamdulillah, syukur rezeki dapat RM90 juta sebab ramai yang berdoa. Kepada penerbit iaitu Studio Kembara, tahniah!” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Letusan gelombang VIP! 9 tahun menyepi, Bigbang sah kembali ke Kuala Lumpur sempena jelajah ulang tahun ke-20

PENANTIAN hampir sedekad peminat setia kumpulan K-Pop, Bigbang, akhirnya terjawab. Selepas sembilan tahun tidak mengadakan sebarang konsert berskala besar,...

More Articles Like This