Tangkap layar memaparkan aksi tiga kanak-kanak yang memanjat belakang sebuah lori tangki minyak di Semporna, Sabah.

KECOH sebuah klip video memaparkan aksi berani tiga kanak-kanak berlari sebelum bertindak memanjat sebuah lori tangki minyak sedang bergerak.

Kejadian terbabit tular selepas dikongsikan di laman Facebook oleh beberapa individu yang memaparkan kanak-kanak terbabit berpaut di belakang lori tersebut.

Difahamkan, kejadian berlaku di Jalan Bubul, Semporna, Sabah pada pukul 6.08 petang kelmarin.

Berdasarkan durasi masa pada video yang tular itu, kanak-kanak terbabit menumpang lori berkenaan lebih dari tiga minit sebelum pemandu lori dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh perakam video.

Berpandukan kepada Google Maps, dianggarkan jarak kanak-kanak itu menumpang kira-kira 600 meter dari stesen minyak Petronas, Jalan Bubul ke Pejabat Pendidikan Daerah Semporna yang kelihatan di sebelah kanan.

Baca artikel berkaitan : Pemuda maut Myvi langgar pokok

Tinjaun UtusanTV di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terkejut akan aksi “berani mati” yang dilakukan kanak-kanak tersebut.

“Rasanya macam anak-anak pilak..suku sulu yg banyak di area tawau & semporna terutamanya. Susah sikit nak cakap kalau betoi puak-puak ni,” kata Muhamad Lutfi Ali.

“Allahuakhbar berani betul dia org .Kalau jadi apa apa tak pasal driver lori yg kena jawab kat balai.Trima owner dascham perihatin,” komen Ida Taip.

“Pstu jatuh dri lori, nyawa melayang, pastu makpak carik salah org lain.. Selalu nya begitu la..,” kata Mohd Shariezal.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram