Gempa bumi Mindanao: Hajiji mohon penduduk bertenang, patuh arahan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meminta penduduk di sekitar Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu supaya bertenang serta mematuhi arahan pihak berkuasa susulan amaran tsunami yang dikeluarkan hari ini.

Ia berikutan gempa bumi bermagnitud 7.9 yang melanda Mindanao, selatan Filipina, pagi tadi.

Hajiji dalam kenyataan memberitahu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) di daerah-daerah berkenaan telah diaktifkan bagi menangani situasi tersebut.

Beliau berkata, kerajaan negeri melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Sabah sedang memantau keadaan itu dengan rapi.

“Adalah penting untuk rakyat kekal bertenang dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan itu.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran awal tsunami di empat kawasan pantai di Sabah susulan gempa bumi tersebut.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup dalam kenyataan memaklumkan, tsunami setinggi 0.4 meter dijangka melanda kawasan pantai di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu antara pukul 10.30 pagi hingga 12 tengah hari ini.

Beliau berkata, siren nasihat tsunami telah dibunyikan di keempat-empat lokasi tersebut.

Menurut Arthur, ia sebagai langkah kesiapsiagaan dan amaran awal kepada penduduk di kawasan terlibat.

Gempa bumi bermagnitud 7.9 itu melanda Mindanao pada pukul 7.37 pagi tadi berpusat di lokasi dengan koordinat 5.7 darjah utara dan 125.1 darjah timur.

Gempa tersebut berlaku kira-kira 97 kilometer selatan Koronadal City dengan kedalaman 50 kilometer.

Gegaran turut dilapor dirasai di Tawau, Semporna dan kawasan sekitarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This