Dagangan Malaysia-Turkiye meningkat 74.5 peratus tahun lalu – PM

Dari Penulis

JUMLAH dagangan Malaysia-Turkiye meningkat sebanyak 74.2 peratus kepada RM16.97 bilion pada tahun lepas daripada RM9.74 bilion pada 2020, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, peningkatan hubungan ekonomi itu adalah hasil daripada Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turkiye (MTFTA) yang telah dimeterai pada 1 Ogos 2015.

“Malaysia dan Turkiye kini di peringkat akhir rundingan peluasan skop MTFTA yang merangkumi bidang lain seperti pelaburan, perkhidmatan dan e-dagang bagi meningkatkan potensi pengembangan ekonomi kedua-dua negara

“Hubungan dua hala Malaysia-Turkiye juga telah terjalin sejak 1957 dan dipertingkatkan kepada Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP),” katanya dalam kenyataan di laman Facebook, hari ini.

Baca: Malaysia hasrat kerjasama Turkiye bangunkan industri pertahanan

Ismail Sabri berkata beliau turut menerima kunjungan hormat Menteri Luar Turkiye Mevlut Cavusoglu pagi tadi yang kini dalam lawatan rasmi ke negara ini.

Ismail Sabri berkata menerima kunjungan hormat Menteri Luar Turkiye Mevlut Cavusoglu pagi tadi yang kini dalam lawatan rasmi ke negara ini. /Gambar FB Mevlut Cavusoglu.

Mengulas mengenai jaminan keselamatan makanan, Perdana Menteri berkata Malaysia-Turkiye juga bersetuju untuk bekerjasama secara aktif bagi membolehkan kedua-dua negara membangunkan pelbagai sumber dan rantaian bekalan makanan yang mampan demi manfaat bersama.

Selain itu, beliau berkata Malaysia turut menghargai pendirian tegas serta pendekatan telus Turkiye berhubung krisis Rusia-Ukraine bagi mencari titik penyelesaian pada kadar segera.

Terdahulu, pada sidang media di Parlimen hari ini, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata hubungan dua hala Malaysia dan Turkiye telah dinaik taraf kepada CSP, bermula dengan lawatan Perdana Menteri ke Ankara baru-baru ini.

Saifuddin berkata kedua-dua negara juga bersetuju untuk mengadakan lebih banyak perbincangan secara formal dan tidak formal di peringkat menteri luar masing-masing.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mendiami kediaman era 60, 70-an: FELDA, Encorp kerjasama bangunkan perumahan kakitangan

FELDA memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Encorp Bhd (Encorp) bagi melaksanakan pembangunan perumahan untuk kakitangan FELDA di sebahagian besar...

More Articles Like This