“Anna Jobling ialah simbol wanita yang melakukan banyak aktiviti harian.”

Demikian kata penyanyi dan pelakon Tya Arifin, 28, atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari mengenai pemilihan pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu tepat selain mewakili wanita bekerjaya.

“Sekarang ini saya nampak Anna seperti saya sewaktu di Indonesia dulu. Dia bekerja dari pagi hingga ke pagi esoknya dan memerlukan banyak tenaga. Sebab itulah saya pilih dia dan Anna akan mewakilkan seorang wanita yang bekerjaya dalam masa sama dia memerlukan tenaga. Kerana kalau Anna atau orang lain di luar sana itu tak ada tenaga, mereka tak akan boleh sampaikan dengan baik apa saja kerja yang dibuat.

“Anna adalah wanita dan figura tepat untuk menjadi duta baru Mutyara kerana dia mencerminkan seorang wanita yang mempunyai banyak aktiviti dan memerlukan ‘energy booster’ atau tenaga tambahan harian menerusi jamu Mutyara,” katanya.

Dalam masa sama, Tya yang juga isteri kepada usahawan terkenal Asyraf Khalid menyifatkan Anna seorang yang mudah bekerjasama.

“Anna juga wanita yang akan melebarkan khasiat jamu ini dan membuktikan bahawa ia tidak pahit. Untuk wanita di luar sana yang mungkin takut nak minum jamu, Anna sudah buktikan yang ia tidak pahit. Jadi orang akan lebih percaya jamu ini tak pahit seperti yang orang dakwa sebelum ini.

“Anna juga wanita yang bekerja keras dan senang nak bekerjasama. Itu antara sebab saya pilih Anna. Diharapkan juga dengan pelantikan Anna yang sekian lama kita tak ada duta, kami harap boleh melebarkan lagi kesan pengambilan jamu ini. Kita ingin membantu wanita yang lemah, letih dan lesu supaya mereka boleh dapatkan tenaga tambahan,” katanya.

Sementara itu, Anna, 22, atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berbagga menjadi sebahagian ‘keluarga’ baharu berkenaan.

“Selama lima tahun jamu Mutyara sudah membantu wanita mendapatkan tenaga lebih setiap hari dan juga membantu dari segi dalaman.

“Dengan formulasi baru jamu ini, sudah pasti akan memberikan lebih banyak khasiat kepada kita. la bebas gula, lebih sihat dan bertenaga,” katanya yang turut memberitahu untuk layari laman sesawang www.mutyara.com bagi informasi lanjut.