Noh Salleh, Mizz Nina sahkan sudah bercerai selepas 11 tahun hidup bersama

Dari Penulis

AKHIRNYA spekulasi mengenai dakwaan pasangan selebriti Noh Salleh dan Mizz Nina sudah bercerai terjawab apabila mereka mengesahkan berita terbabit.

Menerusi entri di Instagram, keputusan untuk berpisah terpaksa dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor.

“Saya dan Nina ingin berkongsi pengumuman penting.

“Selepas berfikir dan membuat pertimbangan dengan teliti, kami bersetuju untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing.

“Alhamdulillah, kami bersyukur kepada Allah kerana mengizinkan kami bersama selama 11 tahun yang cukup indah, penuh pasang surut dan pengembaraan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nafi hubungan rumah tangga bermasalah, Noh Salleh cakap korang semua kena tipu! , Mizz Nina, Noh Salleh bercerai talak satu selepas 2 bulan failkan perceraian?

Walau bagaimanapun, Noh dan Mizz Nina tidak memperincikan bila tarikh sebenar mereka bercerai.

Sungguhpun sudah tidak lagi bergelar suami dan isteri, namun mereka masih tetap berkawan baik.

“Jangan risau, kami tetap berkawan dan mendoakan yang baik-baik untuk satu sama lain.

“Kita hanya boleh merancang, tetapi perancangan Allah lebih baik,” tulisnya.

Dalam pada itu, Noh dan Mizz Nina turut minta diberikan masa dan ruang privasi selain memohon doa orang ramai.

“Banyakkan berdoa untuk kami terutama dalam tempoh edah ini. Kami menghargai sekiranya semua orang menghormati privasi kami.

“Memetik surah al-Hujurat ayat 12, jangan membuat spekulasi atau menyebarkan andaian palsu mengenai kami bagi mengelakkan fitnah.

“Doa anda kami perlukan,” luahnya.

Untuk rekod, Mizz Nina dan Noh mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Pasangan itu turut memiliki seorang anak angkat yang diberi nama Musa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Iklan promosi ‘kegemaran M.Nasir’ tanpa kebenaran, Grab kena saman RM5 juta

SIAPA yang tidak kenal dengan susuk tubuh maestro muzik legenda tanah air, Datuk M. Nasir? Sentiasa tampil tenang dan...

More Articles Like This