Terlalu sibuk dengan jadual kerja seni, Anna Jobling belum sempat masuk kelas lakonan

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

TERLALU sibuk dengan jadual seni dan tanggungjawab sebagai duta, pelakon Anna Jobling akui belum sempat untuk mengikuti sebarang kelas lakonan.

Meskipun sedar tentang pentingnya latihan formal, Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling,25, ketika ini lebiih banyak mendapatkan  tunjuk ajar pengarah dan rakan pelakon ketika berada di set penggambaran bagi mencantikkan lagi kualiti lakonannya.

“Saya akan masuk kelas lakonan tapi saya tak nak cakap kelas yang mana satu dahulu buat masa ini. 

“Sebab jadual saya padat dan tiada masa untuk beri komitmen terhadap kelas.

“Insya-Allah, jika tiada halangan,  selepas tamat penggambaran ini, saya akan masuk kelas lakonan,” katanya kepada URTV.

Anna berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Tomei Her Vintage Vow di Putrajaya, hari ini.

Tambah pelakon drama hit Melur Untuk Firdaus itu, dia memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pengarah untuk menilai dan membimbing persembahannya ketika berlakon.

“Saya selalu letak kepercayaan kepada pengarah. Kalau pengarah rasa okay, saya akan yakin dan okay.

“Mungkin kadangkala tak sampai kepada penonton, tapi di set penggambaran penghayatan itu dapat dirasai,” ujarnya.

Dalam masa sama, Anna turut berkongsi bahawa dia terbuka menerima sebarang kritikan daripada penonton dan penggiat industri, kerana baginya, setiap pandangan boleh dijadikan ruang untuk belajar.

“Semua orang ada pendapat masing-masing dan saya terima semua kritikan. Saya tidak sempurna, masih banyak lagi benda saya nak belajar.

“Tetapi saya akan memandangnya dari sudut positif,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anna turut mencuri perhatian apabila tampil dalam sesi Style Talk eksklusif sempena pelancaran kempen perkahwinan terbaharu Tomei, bertemakan Her Vintage Vow.

Kolaborasi Anna bersama jenama fesyen tempatan Tangsi Tujuh dilihat sebagai simbol wanita moden yang menyeimbangkan keanggunan, kekuatan dalaman dan gaya tersendiri seiring dengan mesej kempen yang meraikan kelembutan dan perjalanan seorang wanita menuju hari bahagianya.

Kempen tersebut turut menampilkan empat koleksi pengantin utama iaitu:

  • Diamond Collection
  • Yellow Diamond Collection
  • Pearl Collection
  • Diamond Cut Collection

Untuk rekod, Anna memulakan langkah dalam dunia lakonan sekitar 2020 selepas menyertai Dewi Remaja 2018/2019. 

Namanya melonjak naik selepas diberi kepercayaan membintangi watak utama dalam drama hit Melur Untuk Firdaus dan Melur Untuk Firdaus 2 bergandingan bersama pelakon Meerqeen yang mencipta fenomena tersendiri pada tahun 2022.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This