Aku Isabella diinspirasikan daripada karya M.Nasir

Dari Penulis

Aku Isabella ciptaan Ell Rock dan Raja Faizal menjadi pilihan kedua band THE SIL selepas melancarkan single pertama mereka di Malaysia berjudul Yang Enak.

Ahli band THE SIL semuanya berasal dari Jakarta, Indonesia kecuali Ell Rock (vokalis & pemain gitar utama) merupakan anak jati kelahiran Kuching, Sarawak. Mereka dikatakan sedang membina nama di negara seberang dan untuk lagu kedua baru ini mereka bergandingan dengan penyanyi baru, Zella.

Aku Isabella dihasilkan dengan lebih komersial, bergenre pop balada, easy listening dan tajuknya yang lebih bergenre alternatif rock.

Zella

Komposer Raja Faizal sememangnya bernaung di bawah Luncai Emas dalam penjagaan hakcipta karyanya. Dia sebelum ini pernah menciptakan lagu untuk artis ternama seperti Handy Black (Setia Cinta), New Boyz (Sahabatku), dan juga lagu raya untuk DJ Suria FM seperti Halim Othman, Linda Onn dan DJ Lin (Suria Di Pagi Raya & Sebulan Berhari Raya). Lagu pertama ciptaanya ialah untuk kumpulan Candy pada 1998 berjudul Racun Pujangga.

“Saya mula mengenali Datuk M.Nasir sebagai pesilat di Konsert Canggung Mendonan waktu itu sekitar tahun 1993 atau 1994.

“Dan untuk itu lah saya amat dekat dengannya,” kata Raja Faizal.

Dia dan Ell Rock mentafsirkan lagu ini adalah jawapan watak Isabella tersebut kepada band legenda Malaysia iaitu kumpulan Search.

Sablem

Rakaman lagu di buat di NTBH Records, Bekasi,Jakarta. Dengan bakat dan kemahiran hebat daripada ahli The SIL, maka terhasilLah lagu ini.

“Awalnya ahli kurang setuju kerana berbeza jalur muzik yang dimainkan sebelum ini, namun ianya menjadi apabila diberi panduan dan melodi.

Ell

“Lagu ini juga dikatakan diinspirasikan daripada karya-karya Datuk M.Nasir,” jelas Ell Rock.

THE SIL terdiri daripada Ell Rock (vokalis & pemain gitar utama), Sablem (vokalis utama & pemain gitar), Rio ( Drum ) dan Zella (Vokalis Undangan ).

Zella sebelum ini pernah mengeluarkan single bersama karya Ell Rock yang berjudul Your Smile On Eyes dan untuk single kali ini , Zella berkata “menurut saya lagu ini bagus dan dan saya bahagia apabila dipasarkan di Malaysia”.

Rio

Luncai Emas bertindak sebagai label yang mengedarkan secara jualan digital bagi single ini.

Semoga lagu Aku Isabella ini dapat memberi satu warna dan nafas yang baru dalam memenuhi katalog lagu-lagu di Malaysia dan seterusnya mampu memberi impak dalam mengeratkan silaturahim antara Malaysia dan Indonesia sebagai negara serumpun atas platform industri seni muzik serantau.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This