Aina Abdul terjatuh ketika buat persembahan pentas

Dari Penulis

PENYANYI Aina Abdul terjatuh ketika membuat persembahan pembukaan Maggic Of The Night 2022 di Dataran Muara Sungai Melaka, semalam.

Aina atau Nurul Aina Abdul Gani,29, terjatuh ketika sedang menuruni tangga sewaktu sedang menghiburkan penonton.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram miliknya, tindakan pantas penari yang berada di pentas membantunya bangun dianggap cukup profesional apabila Aina terus menyambung persembahannya.

Ujar Aina, biarpun ia bukanlah insiden yang boleh dibanggakan namun momen itu tetap buatkan dirinya ketawa setiap kali memikirkan perkara itu.

“Alhamdulillah berjalan lancar semalam di hari pertama Magic of The Night, Sungai Melaka.

“Walaupun pengalaman jatuh di atas pentas itu bukan satu hal yang boleh dibanggakan tetapi ia satu perkara yang buat saya tergelak setiap kali saya fikirkannya. Ketawa yang baik, bukan ketawa sebab malu.

“Terima kasih kepada penari yang sambut saya dengan segera. Kalau tidak memang saya akan teruskan persembahan secara duduk atau tanpa kasut,” katanya.

Tambah Aina, dia bersyukur kerana kedua-dua kakinya berada dalam keadaan baik dan mengucapkan terima kasih atas keperihatinan semua pihak yang bertanya.

Malah, Aina juga menzahirkan rasa bangga terhadap pasukannya yang membantu menyiapkan dirinya termasuklah pemilihan busana tradisional

“Saya sangat bangga kepada setiap seorang yang menyiapkan persalinan dari atas kepala hingga kaki, mekap dan hijab.

“Ini adalah percubaan pertama saya mengenakan pakaian tradisional. Terima kasih juga buat peminat saya yang turun padang menyaksikan persembahan saya malam tadi dan hari ini. Tiada kata selain saya sayang anda semua,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This