‘Bayang’ hadiah tanah lot banglo masih belum dapat, 5 tahun bersabar akhirnya Aishah ‘fight’ sehingga ke mahkamah!

Dari Penulis

PENYANYI Datuk Aishah kesal kerana sehingga kini masih belum menerima hadiah sebidang tanah lot banglo yang dijanjikan kepadanya ketika menjuarai program Gegar Vaganza musim ke-empat (GV4) pada 2017.

Belum habis melepaskan lelah membuat persembahan di Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Sabtu lalu, Aishah terpaksa naik mahkamah pada hari ini bagi tuntutan tanah yang masih belum nampak ‘bayang’.

“Momen yang bermakna…mimpi jadi kenyataan. Hari ini dan beberapa hari akan datang sepatutnya saya boleh berehat seketika tetapi malangnya bermula pagi esok (Isnin), saya terpaksa ke mahkamah untuk kes tuntutan hadiah tanah GV4.

“Kenapalah menyysahkan orang, masa dan kos. Kalau dah berjanji untuk beri hadiah, tunaikanlah sahaja. Kalau tak, elok jangan mimpi nak jadi penaja,” tulisnya di Instagram.

Jelas Aishah lagi, tindakan undang-undang terpaksa diambil memandangkan sudah beberapa tahun dirinya bersabar selain tidak mahu anak seni sepertinya diperlekehkan.

“Berapa tahun dah menunggu tetapi hingga sampai naik ke mahkamah juga. Doakan yang terbaik. Saya hanya menuntut hak saya yang telah dijanjikan.

“Jangan buat begini kepada anak seni,” luahnya.

Dalam porgram GV4 itu, selain sebidang tanah lot banglo, Aishah turut membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucar membeli-belah bernilai RM6,000 dan piala.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This