kasih sayang penghubung Allah

Setiap makhluk ciptaan Allah s.w.t telah dibekalkan dengan perasaan yang pelbagai. Kasih sayang merupakan antara perasaan yang dianugerahkan Allah kepada setiap makhluk Nya. Bahkan, Islam juga amat menggalakkan umatnya untuk berkasih sayang. Jika dilihat sahaja pada nama Islam, pun sudah cukup menggambarkan bagaimana ia mengandungi unsur kasih sayang.

Pun begitu, kasih sayang yang sebenar ialah kasih sayang yang berpaksikan akidah. Dengan meletakkan akidah sebagai satu penanda, maka kasih sayang yang lain akan menyusul sama ada dalam kekerabatan, kejiranan mahupun kemanusiaan.

Berdasarkan hadis Bukhari, sabda Baginda Rasulullh s.a.w. yang bermaksud, “Sesungguhnya kasih sayang itu cabang (penghubung) kepada Allah S.W.T. Barang siapa yang menyambungnya, maka Allah akan menyambung (kasih sayang Nya) dengannya. Dan barang siapa yang memutuskannya, maka Allah akan memutus (kasih sayang-Nya) dengannya.”

Antara keutamaan dan kelebihan kasih sayang ialah:

  1. Mendapat rahmat Allah
  2. Menegurangkan kebencian dan permusuhan
  3. Mengurangkan berlakunya peperangan dan pertumpahan darah
  4. Menimbulkan sikap perdamaian antara manusia
  5. Mengelakkan daripada sifat dendam dan mencambahkan sifat maaf-bermaafan
  6. Mendekatkan hati-hati yang berjauhan

Amalan yang dapat melahirkan rasa kasih sayang ialah:

  1. Mencintai Allah dan Rasul melebihi makhluk lain
  2. Mencintai makhluk dengan persediaan dan bermatlamat
  3. Perasaan cinta hendaklah selari dengan kehendak Islam tanpa melanggar batas agama
  4. Menjauhi cinta ke arah maksiat
  5. Sentiasa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan kepada orang lain
  6. Sentiasa menghadiri majlis ilmu
  7. Memberi hadiah yang bermanfaat
  8. Membina cinta untuk kebahagiaan dunia dan akhirat

___________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare