Fesyen ‘bean bag’ & plastik sampah, netizen anggap Aina Abdul 1 dalam sejuta!

Dari Penulis

PENAMPILAN penyanyi Aina Abdul yang hadir ke Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2022) semalam mendapat reaksi pelbagai pihak.

Apa tidaknya, pelantun lagu Semalam itu menyarungkan busana hitam bersaiz besar yang menutupi seluruh badan dan hanya menampakkan bahagian mukanya hasil rekaan pereka Behati.

Penyanyi itu menjadi salah seorang tetamu yang datang memberi sokongan kepada jenama itu yang berlangsung di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.

Menjengah ke ruangan komen di Instagram Aina, rata-rata memuji keberanian Aina untuk tampil dengan fesyen begitu dan pada masa sama masih lagi menutup aurat.

“Satu dalam sejuta yang berani fesyen macam ini. Kagum dengan Aina punya tahap keyakinan.

“Menutup segalanya. Love.

“Ini okaylah cover semua terus.

“Alhamdulillah, tertutup semua berbanding yang lain, berbogel dah.

“Janji menutup aurat,” komen netizen.

Dalam pada itu, ada juga yang melabelkan Aina sengaja mencari perhatian dengan mengayakan pakaian pelik dan unik.

“Demi untuk tarik perhatian manusia?

“Maaf tanya, macam ini ke di panggil seni fesyen?

“Dah tak ada idea lah tu pereka fesyen Aina. Elok-elok minat Aina terus tak minat.

“Kata lebih-lebih marah, demi perhatian orang,” tulis warganet.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This