Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berucap ketika hadir ke Ceramah Umum Perikatan Nasional bersama pengundi di Bilik Gerakan DUN Benut, Parit Seraya, Pontian, malam tadi. GAMBAR: Abd Razak Aid

UMNO dan Pas perlu mewujudkan persefahaman bagi mengelakkan Pakatan Harapan (PH) menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, persefahaman itu penting untuk mengelak berlakunya pertembungan tiga penjuru khususnya di Kelantan.

“Persefahaman itu perlu kerana PAS tidak mahu PH menang bukan sahaja di Kelantan tetapi di seluruh negara, malah hasrat tersebut diharap dapat difahami oleh pemimpin UMNO.

“Berdasarkan rekod pertembungan tiga penjuru di Kelantan, Pas yakin masih mampu bertahan,” katanya memetik laporan Bernama.

Baca artikel berkaitan: UMNO tidak tinggalkan Pas, sebaliknya parti itu cenderung sertai gabungan lain – Tok Mat

Mengulas lanjut, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, Pas bersedia dengan segala kemungkinan dalam persediaan menghadapi PRU15.

Jelas beliau, persediaan itu termasuk menerima keputusan UMNO Kelantan yang mahu bergerak secara solo, dan akur jika terpaksa berlawan dengan UMNO.

“Jika UMNO Kelantan memang berkeras bergerak solo kita hadaplah… nak buat macam mana. 

“Saya pernah sebut dahulu kita bersedia dengan segala kemungkinan. Kalau kita terpaksa berlawan dengan UMNO pun kita akan lawan. 

“Cuma kita harap ini tidak berlaku. Kita nak supaya sekurang-kurangnya ada persefahaman supaya tidak bertembung tiga penjuru,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’