Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi ayam panggang yang menyelerakan ini. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong dua
15 gm kunyit
80 gm serai
30 gm bawang putih
20 gm batang ketumbar
10 gm serbuk lada putih

BAHAN PERAPAN:
30 gm sos cili
15 gm sos ikan
20 gm pati ayam
4 gm sos tiram
35 gm gula
50 ml santan
1 sudu besar madu
10 gm garam

BAHAN SOS:
30 gm cili merah | cincang
15 gm bawang putih
50 gm cuka
8 gm sos ikan
15 gm air gula
5 gm cili padi

CARA MENYEDIAKAN:
1.Bersihkan ayam dan tuskan airnya. Kisar lumat kunyit, serai, bawang putih , batang ketumbar dan lada putih.
2.Kemudian gaulkan ke semua bahan perapan dengan bahan kisar. Perapkan ayam selama satu jam.
3.Selepas itu, panggang ayam selama 20 minit di dalam ketuhar.
4.Untuk sosnya, campurkan cuka, sos ikan dan air gula. Cincangkan cili merah dan bawang putih. Satukan ke semua bahan-bahan tadi.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram