Aneka juadah di restoran Rasa Rosz

Dari Penulis

Pernahkah anda bertelagah dengan rakan atau ahli keluarga hanya memikirkan tempat untuk menikmati juadah kerana selera dan keinginan masing-masing yang berbeza? Pasti perkara itu pernah berlaku.

Oleh itu, restoran Rasa Rosz yang terletak di  Lot G-05, Aeon Big Wangsa Maju, Kuala Lumpur ini amat sesuai kerana menawarkan pelbagai seleksi makanan untuk pilihan anda.

Menurut pemilik Rasa Rosz, Datuk Sri Rozita Ramelan, restoran itu menampilkan pelbagai rangkaian pilihan makanan pada harga yang berpatutan.

“Di sini kami menyajikan pelbagai pilihan rangkaian makanan kepada para pengunjung baik masakan Barat atau masakan tempatan.

“Untuk itu secara tidak langsung ia turut memudahkan para pengunjung terutama yang datang satu keluarga kerana tidak semua ingin menikmati hidangan yang sama.

“Apa yang pasti, di sini kami menyajikan yang terbaik buat anda,” ujarnya ketika ditemui di premis perniagaannya baru-baru ini.

Antara menu yang menjadi pilihan pelanggan adalah fettucini daging rendang, lontong goreng, fried bao bao, banana fritters with ice cream, lempeng kelapa dan macam-macam lagi.

Jadi, buat anda yang ingin merasai sajian unik yang disediakan Rasa Rosz boleh kunjungi restoran yang dibuka setiap hari bermula 10.00 pagi hingga 9.00 malam. Pasti anda tidak akan kecewa.

Alamat: Restoran Rasa Rosz, Lot G-05, Aeon Big Wangsa Maju, Jalan 8/27a, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This