Jika anda sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk memasak, produk keluaran syarikat Rasa Rosz Sdn Bhd amat sesuai dengan anda.
Antara produk keluaran Rasa Rosz, adalah pes masakan Ratu Tumis Sup, Ratu Tumis Asam Pedas, Ratu Tumis Sambal, Ratu Tumis Gulai dan serbuk penambah perasa Lazzat.
Menurut pengasas Rasa Rosz Sdn Bhd, Datuk Seri Rozita Ramelan, produk keluaran syarikatnya mengikut keperluan pengguna dan secara tidak langsung menggalakkan mereka di luar sana memupuk minat memasak di rumah.
“Bahan-bahan yang terdapat dalam pes Ratu Tumis memudahkan pengguna untuk memasak tanpa perlu memikirkan mencari ramuan untuk bahan memasak.
“Ia bukan sahaja mudah, malah menjimatkan masa memasak. Anda boleh memasak apa jua masakan yang disukai tanpa bersusah payah untuk mengupas bawang, memotong cili dan sebagainya.
“Hanya gunakan pes masakan Ratu Tumis dan pilih lauk seperti ayam atau ikan dalam masakan anda,” kata Rozita.
Tambah Rozita, selain produk pes masakan dan serbuk perasa, Rasa Rosz turut menawarkan produk sedia dimakan iaitu sambal udang kering, sambal ikan bilis dan sambal cendawan shiitake.
Produk Rasa Rosz, bole di dapati di AEON Big, Jaya Grocer, Tiktok Shop, Shoppee dan Lazada.
Untuk maklumat lanjut tentang Rasa Rosz boleh layari laman web www.rasarosz.com
Facebook: Rasa Rosz
Instagram: @rasarosz

