PERNAHKAH anda mendengar tentang ikan purba yang mempunyai sayap dan mampu terbang? Dikatakan ikan ini pernah wujud pada zaman dahulu.
Pada tahun 2009, sekumpulan penyelidik dari Institut Paleontologi Vertebrat dan Paleontropologi China mendakwa telah menjumpai satu fosil ikan terbang yang berusia 240 juta hingga 80 juta tahun. Dikatakan fosil spesies ikan itu wujud lebih awal sebelum kemunculan spesies unggas.
Menurut ketua kumpulan penyelidik itu, Dr. Guang Hui Xu, penemuan tersebut adalah yang pertama kali dalam sejarah penyelidikan paleontologi. Malah, ia juga diiktiraf sebagai penemuan fosil ikan terbang tertua di dunia berbanding spesies sama yang ditemui di Eropah sebelum itu.

Penemuan fosil tersebut mampu memberi petunjuk dalam kajian lanjut mengenai spesies ikan purba ini. Menurut Dr.Hui Xu, dia tidak menolak kemungkinan spesies ini dipercayai berasal daripada keturunan spesies jenis dinosaur kecil.
Berdasarkan kajian awal yang dilakukan, kumpulan tersebut menamakan hidupan marin purba ini sebagai Potanichthys xingyiensis.
Panjang fosil ikan terbang ini mencapai ukuran 15 sentimeter. Keseluruhan fizikalnya pula, ia memiliki empat pasang sayap dan ekor belakang yang lebar. Tidak seperti spesies ikan lain, hidupan purba ini tidak mempunyai sisik tapi sebaliknya memiliki bulu-bulu halus di badannya.Â

Melihat pada taburan geografi, fosil ikan purba ini pernah dijumpai di dua buah lokasi di Eropah. Lokasi itu adalah di kawasan perairan Austria dan Itali.
Mengikut satu kajian yang didedahkan sebuah jurnal, Proceedings of the Royal Society B mendapati, fosil ikan yang ditemui di perairan China itu dipercayai 27 tahun lebih lama berbanding spesies yang dijumpai di Eropah.
Menurut Dr.Hui Xu lagi, spesies ini berkemungkinan sangat aktif pada waktu malam dan mempunyai deria pendengaran yang sangat tajam. Selain itu, ia juga merupakan sejenis haiwan yang mampu bertahan dalam apa jua keadaan cuaca ekstrem.
Sumber makanan utama ikan purba ini masih belum dapat dipastikan. Mungkin hidupan air yang lebih kecil seperti plankton atau ikan-ikan bersaiz kecil menjadi makanannya. Dr.Hui Xu juga tidak menolak spesies ini cenderung memakan sesama sendiri terutamanya anak-anak ikan yang baru menetas.Â
Namun, jika benar spesies ikan terbang ini telah wujud sejak jutaan tahun dahulu, adakah ia mempunyai hubung kait dengan spesies yang sama hidup pada hari ini?
Kata Dr.Hui Xu, keadaan itu tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua spesies ikan berada dalam sub-keluarga yang sama ataupun tidak. Tapi, melalui pemerhatian awal yang dijalankan mendapati hidupan marin purba ini langsung tidak mempunyai kaitan dengan spesies ikan terbang yang hidup pada hari ini. Bagaimanapun, jika dilihat pada proses evolusi kedua-dua spesies ini ia dilihat mempunyai persamaan di antara satu sama lain.
Jelasnya lagi, hidupan marin ini sangat istimewa berbanding spesiesnya yang lain. Ia mempunyai sistem pertahanan diri yang unik iaitu empat pasang sayap yang berfungsi mengelakkannya menjadi buruan pemangsa.
Malah, ikan terbang purba ini dipercayai mampu terbang sehingga 400 meter per 30 saat daripada permukaan laut. Turut direkodkan, ikan ini boleh terbang selaju 72 kilometer per jam sama seperti kelajuan ikan lumba-lumba atau sotong.

_____
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram



