Salamiah Hassan kembali bergelar isteri, akan terus menetap di Australia

Dari Penulis

PENYANYI Salamiah Hassan,71, kini bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Gerald Hughes.

Memetik laporan Astro Awani, pasangan yang mula berkenalan sejak 15 tahun lalu itu disatukan dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Burnie, Tasmania, Australia.

“Semuanya berlaku sangat pantas. Selepas berbincang dari hati ke hati serta mengambil kira pandangan seluruh ahli keluarga, kami memilih disatukan sebagai suami isteri.

“Alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar dan dipermudahkan. Saya bersyukur Allah menemukan saya dengan seorang lelaki yang budiman selepas sekian lama saya bersendirian,” katanya.

Salamiah yang juga ibu kepada penyanyi Atilia Haron itu difahamkan akan terus menetap di Australia bersama suaminya.

“Saya sudah ada tanggungjawab baru di Australia, saya harus berada di sisi suami saya.
“Namun, Malaysia sentiasa kekal di hati, saya pasti akan berulang-alik antara Malaysia dan Australia,” ujarnya.

Salamiah dah Hughes disatukan dalam majlis akan nikah yang dikendalikan oleh seorang jurunikah yang juga berasal dari Malaysia.

Malah, berita gembira itu turut dikongsikan Atilia di Instagram miliknya yang menyaksikan majlis pernikahan ibunya secara atas talian.

“Kita menerima saudara baru pagi ini, Gerald Hughes. Alhamdulillah dan ibu saya, cinta hati kami bertemu kebahagiannya.

“Tidak dapat bersama ibu tetapi saya sangat gembira dapat menyaksikan secara online.

“Tak sabar untuk memeluk kamu berdua. Kita adalah keluarga sekarang. Alhamdulillah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Salamiah sebelum ini pernah berkahwin dengan Allahyarham Raja Haron Raja Aziz. Selain Atilia, dia turut memiliki seorang anak lelaki iaitu Raja Ahmad Shah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This