Hukum wanita haid memandikan jenazah

Dari Penulis

Soalan :

Assalammualaikum, Adakah boleh wanita yang sedang berhaid memandikan jenazah? Mohon pencerahan SS Mufti.

Ringkasan Jawapan :

Wanita yang sedang haid dibolehkan untuk memandikan jenazah.

Huraian Jawapan :

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat.

Perkara yang perlu disegerakan selepas kematian ialah proses menguruskan jenazah seperti memandikan, mengkafankan, didirikan solat ke atas jenazah dan mengebumikannya yang merupakan kategori fardu kifayah. [1] Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَسْرِعُوا بِالْجِنَازَةِ فإنها إن تَكُ صالحة: فخير تُقَدِّمُونَهَا إليه. وإن تَكُ سِوى ذلك: فشرٌ تَضَعُونَهُ عن رِقَابِكُم

Maksudnya: “Segeralah kebumikan jenazah, apabila jenazah tersebut adalah jenazah yang baik maka kalian telah menyegerakannya kebaikan (kenikmatan). Apabila jenazah tersebut tidak seperti itu (jenazah yang buruk) maka kalian (segera) meletakkan keburukan tersebut daripada kamu semua.”

Riwayat Bukhari (1315)

Perintah memandikan jenazah berdasarkan hadis daripada Ibn Abbas RA.huma telah berkata:

اغْسِلُوهُ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ

Maksudnya: “Mandikanlah dia dengan air yang dicampur dengan daun bidara”

Riwayat al-Bukhari (1267)

Antara syarat tukang memandikan jenazah mempunyai ciri-ciri amanah iaitu seorang yang tidak menyebarkan aib si mati dan haram menyebutnya keburukannya melainkan keperluan. Namun, sekiranya melihat yang baik dari si mati, maka tukang mandi jenazah perlu menyebut-nyebut perkara yang baik.[2]

Seterusnya, tiada halangan bagi orang berjunub mahupun orang yang sedang berhaid memandikan jenazah, imam al-Nawawi menjelaskan perkara ini di dalam kitabnya, Minhaj al-Tolibin:

ويغسل الجنب والحائض الميت بلا كراهة

“Orang yang berjunub dan wanita yang sedang haid tidak makruh memandikan jenazah,”[3]

Kesimpulannya, tiada larangan bagi mereka yang dalam keadaan junub mahupun sedang haid untuk memandikan jenazah. Yang lebih penting, seorang yang ditugaskan untuk memandikan jenazah perlu mempunyai sikap amanah tanpa menyebarkan aib si mati sekiranya melihat perkara-perkara yang buruk kerana haram menyebut-nyebut perkara yang buruk berkaitan si mati.”

Sumber : Mufti Wilayah


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Angkat Martabat Fiqh Madani, PU Riz Mahu Silibus Haji & Umrah Lahirkan Cendekiawan Islam Berwibawa

LANSKAP pendidikan Islam di Malaysia melakar satu lagi sejarah baharu menerusi pengenalan program akademik yang lebih holistik dan dinamik. Menyedari...

More Articles Like This