Tragedi belon udara panas, meletup ketika hampir mendarat

Dari Penulis

SEKITAR jam 6.00 pagi pada 26 Februari 2013, sebuah belon panas jenis Ultramagic N-425 yang dikendalikan oleh syarikat Sky Cruise telah berlepas dari pangkalannya di utara Luxor, Mesir menuju ke arah selatan sungai Nil.

Belon itu membawa seramai 20 orang pelancong yang terdiri daripada pelancong asing dan pelancong tempatan. Mereka dijadualkan akan melawati kawasan-kawasan menarik dan bersejarah di sepanjang tebing sungai Nil hingga ke selatan Mesir.

Belon udara panas itu mulai naik sedikit demi sedikit sehinggalah berada pada ketinggian 1,400 meter di udara. Daripada ketinggian tersebut, pelancong disajikan pemandangan kehijauan ladang, bukit-bukau dan diselang-seli dengan bangunan-bangunan bersejarah seperti piramid, penempatan kuno, kuil Karnak dan makam-makam diraja.

Pada awalnya, semua berjalan lancar. Hampir sejam pelancong di atas belon udara itu menikmati kecantikan landskap di sepanjang tebing sungai disulami keindahan matahari terbit.

Lebih kurang jam 7:00 pagi, jurumudi belon tersebut, Murad Momin Ali memaklumkan kepada pusat kawalan bahawa belon udara panas yang dinaiki mereka akan melakukan pendaratan dalam beberapa minit lagi di sebuah kawasan lapang berhampiran perkampungan al-Dhabaa.

Sebaik saja belon itu berada pada ketinggian lebih kurang 300 meter dari tanah, Murad Momin mencampakkan tali pendaratan ke bawah dan disambut oleh beberapa orang krew yang sudah bersedia untuk membantu belon udara panas itu mendarat.

Setelah tali pendaratan diikat dengan ketat dan kawasan pendaratan berada dalam keadaan baik, Murad Momin mula menurunkan belon itu perlahan-lahan. Namun, tiba-tiba angin bertiup kencang ketika belon itu berada pada ketinggian 30 meter menyebabkan belon tersebut tersentak dan tertolak naik semula ke atas.

Suasana terus bertukar cemas. Murad Momin cuba mengawal belon panas itu supaya kembali kepada kedudukan normal. Namun, ia tidak berjaya kerana hujung tali pendaratan tadi telah terbelit di balang gas dan menyebabkan balang itu bocor.

Dalam beberapa saat sahaja, satu letupan kuat telah berlaku di udara. Dalam sekelip mata saja api sudah marak menyala membakar belon panas tersebut.

Menurut seorang saksi, walaupun ketika itu dia berada beberapa kilometer dari tempat kejadian, namun dia dapat mendengar dengan jelas bunyi letupan yang berlaku.

Belon udara ini terbakar di udara.
Keadaan belon yang terbakar sebelum menjunam jatuh.

Semasa belon panas tersebut hendak terhempas pada ketinggian lebih kurang 300 meter, kelihatan dua orang yang keseluruhan tubuhnya terbakar telah melompat keluar dari bakul yang marak dengan api itu. Menurut laporan, dua orang mangsa yang melompat itu adalah jurumudi dan seorang pelancong dari Eropah.

Ketika belon tersebut berada pada ketinggian lebih kurang 100 meter, kelihatan beberapa orang mangsa lagi cuba menyelamatkan diri. Ramai saksi menceritakan melihat ramai mangsa melompat keluar dari belon tersebut pada ketinggian sebuah bangunan tujuh tingkat.

Dua minit kemudian, sebaik sahaja belon udara itu terhempas di sebuah ladang tebu di sebelah barat Luxor, letupan kedua pula berlaku.

Tidak lama kemudian, anggota penyelamat tiba di tempat kejadian. Mereka melihat mayat mangsa letupan belon udara panas itu bergelimpangan di merata tempat. Rata-rata tubuh mangsa sudah hangus terbakar.

Daripada 21 orang yang menaiki belon udara itu, hanya dua sahaja yang selamat. Seramai 19 mangsa terkorban dalam tragedi tersebut.

Kebanyakan mangsa hangus terbakar.

_______

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ulek Mayang, Kuda Kepang: ‘Saya rasa ada roh mahu masuk ke dalam tubuh’ – Sam Famulan 

"Saya tak takut hantu. Tapi saya takut apabila lagu itu dimainkan." Pengakuan itu kedengaran pelik, namun itulah pengalaman yang didakwa...

More Articles Like This