Wanita guna kereta Singapura cop parkir bikin netizen panas hati

Dari Penulis

KECOH sejak semalam selepas dua klip video seorang wanita cop parkir tular di media sosial.

Tindakan itu telah mendapat kecaman netizen dan lebih “panas” hati apabila kenderaan tersebut menggunakan nombor plat Singapura.

Kejadian yang berlaku di sebuah pusat beli-belah itu dikongsi seorang wanita bernama Hey XpG di laman Facebooknya semalam.

Dalam perkongsian berbunyi “Sya tak pernah upload benda macam ni on my gaming page tapi orang begini tiada adab. Uncivilized. Baru jadi tadi pada adik Sya. Korang tengok sendiri dan rate lah sakit hati korang tu tahap apa.

“Perempuan ni boleh turun, pergi cop parking kat kereta yang nak keluar tu sedangkan adik Sya dah tunggu depan kereta tu nak masuk parking.

“Bila kereta perempuan tu datang, nak masuk parking tu, dia block kereta adik Sya so that kereta family (agaknyalah) dia boleh masuk. Tersengih-sengih seperti kerang busuk disitu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi video berkenaan turut kedengaran suara wanita dan lelaki yang merungut kerana hampa dengan situasi yang terjadi.

Baca artikel berkaitan : Lelaki tunjuk pasport Malaysia ‘kuasa’ memotong barisan di Linkedua

Wanita yang menunggu di parkir kenderaan dilihat menjaga parkir terbabit sambil menghubungi seseorang sambil tersenyum-senyum.

Malah, di dalam klip video terbabit juga kelihatan Toyota Vios keluar dari tempat parkir sebelum sebuah kereta jenis Mercedes berwarna hitam dengan nombor pendaftaran Singapura datang dan meluru masuk ke ruangan parkir tanpa segan silu.

Kejadian terbabit membuatkan mangsa kesal dan bertindak membunyikan hon berkali-kali.

Namun, langsung tidak diendahkan.

Tinjauan UtusanTV di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut geram akan kejadian tersebut dan berkongsi berdepan situasi yang sama.

“Dah pernah kena macamni memang geram! Dah la pusing banyak kali dekat 20min susah nak dapat parking..tiba2 dah dapat parking bagi signal nak masuk ada kereta dari arah depan cross & terus masuk parking tu..memang meyumpah la aku,” tulis Roslina Zulkifli.

“Pernah kena macamni, sy bg dia masuk, lepas dia pergi sy bocorkan tayar dia 4 bijik puas ati,” ujar Mat Idiey.

“Pernah kena mcm ni dgn S jugak,sy high beam + hon 1 kali maju sikit pasut reverse. Marah org yg cop parking tu, sy tnya dia “parking ni untuk org ke untuk kereta?” marah pulak org tu,” komen Na Na.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Letupan bom Tak Bai: Dua rakyat Malaysia dipindahkan ke hospital di Kelantan

DUA rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian letupan bom di daerah Tak Bai, wilayah Narathiwat, selatan Thailand, semalam telah...

More Articles Like This