Bergaduh sebab berebut parkir, kata polis

Dari Penulis

POLIS mengesahkan kejadian pergaduhan di kawasan parkir sebuah pasaraya dekat Taman Bukit Indah, Johor berpunca daripada perselisihan faham.

Video kejadian: https://t.me/infoutusantv/10249

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, perselisihan faham itu melibatkan dua individu semasa ingin parkir kenderaan.

Katanya, mereka yang terlibat merupakan seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun dan lelaki warga Singapura berumur 49 tahun.

“Siasatan sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum itu, tular satu rakaman berdurasi 40 saat memperlihatkan kekecohan antara dua lelaki.

Berlaku sedikit kekasaran sebelum salah seorang dilihat beredar dan memasuki semula ke kenderaannya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This