Hanya beberapa tahun yang lepas, pakar-pakar teknologi Biofeedback Barat yang membuat kajian tentang pelbagai perubahan fizikal, mental dan spiritual manusia menemui bahawa hati manusia mempunyai kecerdikan atau intelligence.
Penemuan tersebut sangat memeranjatkan mereka kerana yang mereka tahu selama ini hanya akal yang mempunyai kecerdikan. Penemuan tersebut juga dengan sendirinya menolak dakwaan pakar ESQ yang menyatakan bahawa kecerdikan manusia berpusat pada God Spot yang terletak di otak dalam kepala.
Al-Quran mendahului pandangan mereka lebih 1400 tahun yang lepas. Banyak ayat al-Quran yang menjelaskan hati mempunyai kecerdikan yang lebih cangih dan lebih ajaib berbanding dengan kecerdikan akal.
Kecerdikan hati dibantu oleh pandangan mata hati (basirah) yang mampu melihat dan memahami berbagai-bagai rahsia Allah (ayat-ayat Allah) di alam malakut seperti yang dilakukan oleh golongan ulul-albab. Firman Allah dalam surah Ali Imran: 190,
“Sesungguhnya pada kejadian yang di langit dan yang di bumi, dan dalam peredaran masa malam dan siang terdapat ayat-ayat Allah yang dapat dilihat dan difahami oleh pandangan hati ulul al-albab”.
Kecerdikan hati bertambah hebat kerana dibantu oleh sirr, gedung ilmu, hakikat dan ma’rifah. Menurut golongan sufiyyah, sirr berfungsi menerima dan menyimpan berbagai limpahan hakikat dan ma’rifah (as-sirr litajalliyat ).
Sirr merupakan gedung yang sangat ajaib kerana sifat keanjalannya yang semacam tidak terbatas. Bila dicurahkan berbagai ilmu, hakikat dan ma’rifah, ia jadi semakin luas, sehingga ada sebuah hadis qudsi menyebut,
“Seluruh langit dan bumi tidak mampu menampung berbagai rahsia Allah. Tetapi sirr boleh menampungnya”.
Sebaliknya kecerdikan akal sangat terbatas. Hanya menerima perkara-perkara yang zahir dan yang masuk akal (ma’qulat), menolak perkara-perkara yang tidak boleh masuk akal (ghayrul ma’qulat).
Sebagai contoh, perjalanan israk dan mi’raj yang memakan masa yang sangat singkat sedangkan destinasinya begitu jauh. Akal berfungsi bila mendapat bantuan penglihatan mata dan pendengaran telinga. Oleh kerana itu, orang yang dilahirkan buta dan pekak tidak dibebani taklif agama.
Iblis dengan akalnya tidak dapat memahami hikmah perintah Allah untuk sujud kepada Adam a.s. Apabila Allah bertanya mengapa dia tidak mahu sujud kepada Adam, Iblis menjawab dengan katanya,
“Aku lebih baik daripada dia (Adam). Engkau jadikan aku dari api dan Engkau jadikan dia dari tanah.” (al-A’raf, 12 ).
Sebaliknya, para malaikat yang menggunakan hati, berjaya memahami hikmah perintah Allah tersebut. Lalu mereka segera sujud kepada Adam a.s. Ternyata Adam a.s. dikurniakan keunggulan ilmu al-Asma’ yang tidak dikurniakan kepada para malaikat.
Akhirnya Adam a.s. dilantik sebagai guru kepada para malaikat oleh Allah sebagaimana yang ditegaskan dalam firmanNya dalam surah al-Baqarah: 33,
“Wahai Adam! Ajarkanlah ilmu nama-nama itu semua kepada para malaikat…”.
Begitulah hebatnya hati yang diberi kecerdikan oleh Allah untuk menilai dan membezakan yang mana hak dan yang mana batil dan yang mana baik atau yang buruk. Dan kerana itulah juga ada kalanya hati kita seakan punya suara untuk memandu kepada perbuatan atau mengambil keputusan yang kita rasa lebih tepat yang kita sebut sebagai naluri atau “instinct”. Wallahu a’lam
Oleh: Dr. hj. Jahid Sidek, Ahli Panel Pakar Tasawwuf, JAKIM
___________________________________________
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:
Facebook: https://www.facebook.com/utusantv
Twitter: https://twitter.com/UtusanTV
Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en
#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare

