Kadang kala buntu idea memikirkan bekal untuk dibawa anak-anak ke sekolah. Sesekali beri kejutan dengan bekal istimewa seperti roti berinti ketam dan keju untuk dimakan sewaktu rehat.

Malah intinya juga boleh dipelbagaikan dan ditukar dengan ayam, daging atau udang mengikut selera anak-anak.

Idea breakfast dan bekal anak-anak ke sekolah

Bahan filling :

1/2 labu Bawang holland

Bawang Putih

Prego (Carbonara Mushroom)

Cendawan butang

Crab stick (nak guna daging, ayam atau apa-apa lauk pun boleh)

Perasa (lada putih, garlic powder)

Cara :

1. Tumis bawang holland dan bawang putih

2. Masukkan sos prego

3. Bahan-bahan lain.

4. Belah roti dan masukkan filling.

5. Letak cheese dan kukus sekejap agak cheese cair. Siap.

Sumber : Qaisara Qistina