10 kenderaan musnah dalam kebakaran di Batu Pahat

Dari Penulis

SEBANYAK 10 buah kenderaan musnah dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah dan pusat jualan kenderaan di Jalan Tanjung Labuh, Batu Pahat, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 8.26 pagi.

Sepasukan 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat dan Penggaram dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati sebuah rumah separuh kekal telah terbakar sebanyak 80 peratus,” kata kenyataan itu.

Mengulas lanjut, sebanyak empat buah motosikal yang berada di rumah tersebut turut terbakar.

Kebakaran tersebut juga menyebabkan sebuah pusat jualan kenderaan Volkswagen terbakar sebanyak 5 peratus akibat daripada bahang api.

“Enam buah kenderaan milik sebuah syarikat Volkswagen terbakar kira-kira lima peratus dan tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian ini”.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 10.29 pagi dan punca kebakaran serta nilai kerugian masih di dalam siasatan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This