Beradu kekuatan dengan Rasul
Sekadar gambar hiasan

Ibnu Ishak mengatakan, Ishak b. Yassar menceritakan kepada beliau,

“Rukanah Ibnu Abdul Yazid b. Hashim b. al Mutalib b. Abd. Manaf adalah seorang pemuda yang paling gagah. Pada suatu hari beliau bersendirian dengan Rasulullah s.a.w. di sebuah lembah di Mekah.

Rasulullah s.a.w. bertanya, “Wahai Rukanah, apakah kamu mahu beriman dan menerima seruanku?”

Rukanah menjawab, “Jikalau benar, aku pasti akan mengikutmu.”

Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, “Bagaimana jika aku beradu kekuatan dengan kamu, apakah kamu akan percaya kata-kataku?”

Rukanah membalas, “Ya! Sudah tentu

Rukanah pun bingkas bangun dan mereka berlawan. Apabila Rasulullah s.a.w. menyerang, Rukanah tersungkur jatuh tidak berdaya.

Selepas itu Rukanah berkata, “Mari kita berlawan lagi”

Baginda menyahut cabaran Rukanah dan kembali bertarung namun sekali lagi Rukanah jatuh tersungkur.

Rukanah berkata, “Wahai Muhammad, demi Allah, ini sesuatu yang pelik. Kamu berjaya menumpaskan aku.”

Rasulullah s.a.w. berkata, “Terdapat perkara yang lebih pelik dari ini. Jikalau kamu mahu, aku mampu tunjukkan kepada kamu, asalkan kamu bertakwa kepada Allah dan mengikut suruhan ku.”

Rukanah berkata, “Apa yang kamu ingin buktikan.”

Rasulullah s.a.w. menjawab, “Aku akan memanggil pohon itu dan ia akan datang kepadaku”

Baginda pun memanggil pohon itu, lalu pohon itu menyahut panggilan Baginda s.a.w. dan datang serta berhenti di hadapan Baginda s.a.w.

Kemudian Rasulullah s.a.w. mengarahkan pohon itu agar kembali semula ke tempatnya.   

Selepas itu Rukanah bertemu dengan kaumnya dan berkata,

Wahai Bani Abdul Manaf, upahlah seluruh penduduk dunia untuk berlawan sihir dengan Muhammad. Demi Allah, aku tidak pernah melihat ahli sihir yang lebih hebat dari Muhammad”

Dalam riwayat yang lain, Ibnu Abbas melaporkan, Rukanah bin Yazid berlawan dengan Baginda s.a.w. sebanyak tiga kali.

Setiap kali perlawanan pemenang diberi habuan sebanyak seratus ekor kambing. Apabila masuk kali ketiga Rukanah berkata kepada Baginda s.a.w.

“Wahai Muhammad! tiada seorang pun yang mampu menjatuhkan aku sebelum kamu. Tidak ada seorang pun yang aku paling benci selain kamu. Oleh itu aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan engkau adalah pesuruh Allah.”

Lalu Rasulullah s.a.w memulangkan semula kambing-kambing yang dimenanginya kepada Rukanah. Wallahu a’lam

_________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare