Keluarga Malaysia tetap bangga dengan Harimau Malaya – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KELUARGA Malaysia tetap berbangga dengan semangat juang dipamerkan seluruh pemain Harimau Malaya walaupun tewas kepada Tajikistan dalam perlawanan akhir Piala Raja Thailand, malam tadi.

Sambil mengucapkan tahniah, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut yakin pemain telah memberikan yang terbaik dalam perlawanan itu.

Perdana Menteri turut berharap perlawanan menentang pasukan di ranking ke-109 dunia itu dijadikan pendorong untuk berusaha lebih gigih bagi perlawanan akan datang.

“Keluarga Malaysia tetap bangga dengan semangat juang seluruh pemain Harimau Malaya pada malam ini!

“Saya yakin para pemain sudah memberikan yang terbaik, namun jadikan perlawanan ini sebagai pendorong untuk berusaha dengan lebih gigih bagi perlawanan yang akan datang.

“Kita sebagai sebuah Keluarga Malaysia pula akan terus menjadi penyokong kuat Harimau Malaya,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Baca artikel berkaitan: Pan Gon berbangga walaupun tewas kepada Tajikistan

Hasrat Harimau Malaya menjulang Piala Raja Thailand buat kali kelima tidak kesampaian setelah tewas kepada Tajikistan 0-3 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi final.

Bagaimanapun, anak didik Kim Pan Gon seharusnya berasa bangga dengan persembahan yang dipamerkan apabila tidak mudah menyerah kepada lawan yang dikenali dengan jolokan The Crowns itu.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium 700th Anniversary, Chiangmai dalam keadaan hujan lebat itu sedikit sebanyak membuatkan rentak perlawanan sedikit terencat ekoran padang berlecak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This