“BUKAN bahasa yang menjadi penentu negara itu maju atau tidak.”
Itu kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menjawab pertanyaan seorang peserta dalam majlis Perasmian Idea Bina Negara (IBN) 2022 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, semalam.
Peserta tersebut bertanyakan harapan Perdana Menteri apabila menggunakan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa termasuk di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), baru-baru ini.
Perdana Menteri turut berkongsi video pertanyaan itu dalam media sosialnya, hari ini.
Beliau menyatakan, sudah tiba masanya semua pihak mengangkat martabat bangsa dan bahasa Melayu ke seluruh dunia.
Justeru, beliau menaruh keyakinan bahawa bahasa Melayu sebenarnya sudah setaraf dengan bahasa-bahasa lain di dunia.
“Saya orang Melayu, saya orang Malaysia, kita ada budaya kita, kita ada bahasa kita. Dimana-mana sahaja kita berada, jati diri kita mesti kita kekalkan.
“Dalam persidangan antarabangsa, yang pentingnya bagaimana mesej kita disampaikan,” katanya dalam video tersebut.
Baca artikel berkaitan: Kerajaan cakna masalah golongan muda, laksana pelbagai inisiatif bantu mereka – PM
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, terjemahan kepada sesuatu bahasa boleh dilakukan secara terus dan automatik lebih-lebih lagi pada zaman teknologi moden ketika ini.
“Setiap negara yang saya pergi, mereka tanpa segan silu bercakap bahasa mereka sendiri. Sebab, bangga dengan bahasa sendiri.
“Jadi, saya bangga dengan bahasa kita sendiri sebab itu saya bercakap dalam bahasa Melayu,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

