Santuni perkembangan bahasa lain adalah kekuatan bukan kelemahan – PM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

RAKYAT harus menjadi lebih matang menerima hakikat bahawa menyantuni serta memberi ruang kepada perkembangan bahasa-bahasa lain adalah kekuatan bukan kelemahan.

Meskipun begitu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa menguasai bahasa Melayu merupakan satu kewajiban dalam kalangan rakyat di negara ini.

“Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetap terpelihara dan mesti dihormati, kerana ini tanah air kita semua maka sejarahnya wajib difahami,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Huazong 2026.

Perdana Menteri berkata, penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa Cina juga penting serta tidak boleh dipandang rendah akan kepentingannya.

Ujarnya, bahasa Cina sebagai contoh kini menjadi bahasa ekonomi yang signifikan di rantau Asia dan dunia, malah ditawarkan sebagai bahasa pilihan di banyak universiti terkemuka.

“Saya percaya bukan bahasa Melayu sahaja terus diperkukuh, tetapi kita perlu mengangkat keupayaan penguasaan bahasa-bahasa lain demi masa depan anak-anak dan daya saing negara,” katanya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This