Kenapa masyarakat Cina skeptikal dengan Islam – “Rasa Islam itu mundur”

Dari Penulis

Perbezaan budaya dan pemikiran antara sebab utama mengapa masyarakat Cina tidak memahami makna antara agama Islam dan bangsa Melayu.

Mereka kerap dimomokkan apabila seseorang itu memeluk agama Islam, secara automatik dia akan masuk Melayu. Jarang ada yang cuba menerangkan dan memberi penjelasan sehingga ia tertanam dalam minda generasi ke generasi.

Adam Kelvin, cuba memecah ‘tembok’ ini dengan merungkai apa sebenarnya salah faham yang bermain di minda mereka. Ikuti perkongsiannya.

“Kenapa masyarakat Cina skeptikal dengan Islam?

1. Islam ni terlalu rigid

Wah. Lepas saja saya masuk Islam, perkara pertama dipersoalkan oleh ayah adalah,

“Lepas ni tak boleh makan babi la. Dah la makanan Melayu semua pedas-pedas. Takkan awak nak nasi lemak saja?”

Semua tahu Islam haramkan penganutnya makan babi. Dah la babi makanan kegemaran masyarakat kami. Huhu..

Pelik tak, mereka argue orang Islam tak boleh makan babi tapi ada ramai je vegetarian di luar sana, apa daging pun tak boleh makan. Tak ada pula nak argue. Hmm..

2. Rasa Islam tu mundur.

Kalau tengok dari segi ekonomi, orang Cina memang ke depan. Of course la kan masa dasar pecah dan perintah dulu, British letak orang Cina di bandar-bandar. orang Melayu di kampung jadi petani, manakala orang India pula di kawasan ladang getah.

Ayah saya dulu cukup tak suka servis orang Melayu. Katanya buat kerja lebih kurang. Layan taknak layan je customer. Berbeza dengan orang Cina, servis memang laju dan mantap. Terang pun detail dan puas hati.

Dalam bidang pekerjaan pun sama. Orang Cina lebih bersungguh-sungguh dan gerak kerja berbeza.

Tapi sekarang saya nampak generasi muda sekarang dah berbeza. Orang Islam muda di luar sana yang saya kenal, gerak kerja dan servis mereka sangat ke depan seperti orang Cina juga.

Kagum saya orang Islam yang beriman dan bagus dalam bidang pekerjaan dan servis ni.

3. Nama keluarga hilang

Kalau anak perempuan memeluk Islam, kurang sikitlah kot marahnya. Kalau anak lelaki yang bawa surname keluarga, anak tunggal lelaki pula, masuk Islam, memang cari nahas.

Macam saya. Huhu.. satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Harapan besar ayah saya menyambung legasinya, akhirnya pilih untuk memeluk Islam. Memang ibarat curah minyak tanah ke dalam api. Kemarahan dan kekecewaannya meluap-luap.

Sedangkan ianya salah faham saja. Nama asal boleh kekalkan. Seperti mana sahabat Nabi yang masih mengekalkan nama sebenar mereka seperti sebelum memeluk Islam. Asalkan nama tu membawa maksud baik.

Hati ayah saya terubat sikitlah bila saya tunjuk IC saya dan anak saya masih mengekalkan nama Cina.

Eh Jun Guang (nama saya)

Eh Soon Cong (nama anak)

Surname keluarga ayah saya tak hilang insyaallah.

Malam ni saya share 3 points dulu la. Maybe ada sambungan. Nak tahu lagi ke?

Adam Kelvin

Macam tu la.”

Sumber : Adam Kelvin


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Zulhijjah menyisih ego, membebas jiwa

Oleh : Pegawai Pejabat Zakat, Wakaf, Infaq (ZAWAIN) dan Pensyarah Sambilan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia...

More Articles Like This