Agong titah agensi terlibat, rakyat bersedia hadapi risiko banjir

Dari Penulis

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua agensi berkaitan membuat persediaan menyeluruh yang rapi demi kemaslahatan ummah, bagi menghadapi risiko banjir susulan Monsun Timur Laut.

Titah Al-Sultan Abdullah, persediaan itu bukan hanya dalam aspek mengurangkan kesan banjir tetapi merangka satu kaedah bagi memastikan bantuan kepada mangsa dapat diberikan secara terancang, segera dan efektif.

Seri Paduka bertitah, ini selaras dengan ajaran Islam yang dibawa Rasulullah SAW yang menuntut umatnya untuk sentiasa melakukan persediaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan.

“Setiap tahun pada bulan November, negara akan berhadapan dengan risiko banjir, malah baru-baru ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Malaysia akan berhadapan dengan hujan lebat serta risiko banjir besar.

“Beta ingin mengingatkan seluruh rakyat beta untuk memperkemaskan diri dan melakukan persediaan bagi menghadapi fenomena perubahan cuaca yang bakal berlaku kelak,” titah Seri Paduka pada majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah/ 2023 Masihi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Baca lagi: Pas Selangor akan perjuang titah Sultan Sharafuddin mahu Melayu bersatu

Terdahulu Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba kira-kira 9.40 pagi dan disambut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad serta menteri-menteri Kabinet selain ratusan hadirin.

Sempena sambutan itu, Al-Sultan turut menitahkan pemimpin negara mencontohi pemerintahan Nabi Muhammad SAW sebagai panduan dalam pelbagai aspek kehidupan merangkumi konsep pentadbiran berasaskan tadbir urus baik, politik, ekonomi, keselamatan dan keadilan.

Titah Al-Sultan Abdullah, Rasulullah mengajar setiap pemimpin menetapkan niat yang betul selain berlaku jujur dalam menjalankan amanah dan meletakkan nilai ketakwaan kepada Allah SWT sebagai pegangan utama.

“Konsep pemerintahan yang dituntut Islam adalah merupakan satu amanah yang sentiasa dalam ruang lingkup ikatan perjanjian antara manusia dengan penciptaNya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lagi kes di Kem Hobart: Dua anggota tentera cedera ketika latihan menembak

TENTERA Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlakunya satu insiden kemalangan semasa Latihan Peningkatan Tempur (LPT) di Lapang Sasar Kem Hobart,...

More Articles Like This