Dua warga emas terperangkap dalam banjir di Baling diselamatkan

Dari Penulis

DUA warga emas dan seorang wanita yang terperangkap di dalam rumahnya di Kampung Charuk Shikin, Baling akibat banjir kilat pagi tadi berjaya diselamatkan anggota bomba.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.26 pagi.

Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Baling dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati dua wanita masing-masing berusia 80 dan 56 tahun serta seorang lelaki berusia 80 tahun terkandas di dalam rumah akibat banjir kilat dari limpahan air sungai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya telah berjaya menyelamatkan mangsa dan dipindahkan ke Rumah Anak dan Pusat Pemindahan Sementara Kompleks Rakan Muda.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This