Kekuatan kakinya mampu angkat sebuah kereta, ini ketam raksasa yang hidup melebihi 100 tahun

Dari Penulis

SALAH satu hidupan dasar laut yang mengejutkan pernah ditemukan ialah Giant Spider Crab atau juga dikenali sebagai Japanese Spider Crab.

Ketam laba-laba raksasa ini hidup di dasar laut sepanjang perairan sekitar Jepun, selain turut ditemui di perairan Taiwan. Spesies macrocheira kaempferi ini tinggal di kedalaman antara 50 hingga 600 meter di bawah permukaan laut.

Makhluk yang digelar orang Jepun sebagai ‘takaashigani’ (bermaksud ketam berkaki panjang) ini selalunya menghuni ventilasi atau lubang yang terdapat di sepanjang dasar laut dalam dengan persekitaran dingin dan gelap.

Ketam gergasi Jepun.

Ketam laba-laba raksasa Jepun ini pertama kali digambarkan pada tahun 1836 oleh Coenraad Jacob Temminck. Manakala nama saintifik Macrocheira kaempferi diambil daripada nama seorang pejuang konsep naturalisme dari Jerman, Engelbert Kaempfer. Beliau adalah orang pertama yang menulis tentang ketam aneh ini pada tahun 1690.

Dalam tulisan tersebut, Kaempfer menggambarkan bahawa ketam berkenaan adalah antara makhluk laut paling menakutkan pernah ditemukan lantaran saiznya yang sangat besar.

Dibandingkan ketam normal lainnya, spesies unik ini memiliki ukuran gergasi di mana saiz rentang kakinya teramat panjang melebihi enam meter. Malah, ia dikatakan terpanjang berbanding arthropoda yang lain.

Tidak hanya kakinya bersaiz gergasi, badannya juga dilaporkan sangat lebar mencapai 40 sentimeter dan boleh membesar sehingga 19 kilogram berat.

Jika dibentangkan badan ketam bersama kaki dan penyepit, saiznya dikatakan menyamai luas sebuah gelanggang bola keranjang. Paling luar biasa, kesepuluh kakinya termasuk penyepit dikatakan mampu mengangkat sebuah kereta. Jadi bayangkanlah betapa gagahnya ketam laba-laba gergasi ini.

Ketam ini hidup di dasar laut dalam di perairan Jepun.
Perbandingan saiz manusia dan ketam gergasi ini.

Menurut Coenraad, putaran hidup haiwan ini begitu unik. Apabila musim mengawan, ia akan bermigrasi hingga pada kedalaman 50 meter. Dan sebaik sahaja ketam betina bertelur, ia biasanya akan membawa telur yang dibuahi dengan menempelkan pada perutnya.

Selama tempoh itu, si ibu langsung tidak berenggang dengan telurnya, malah membawanya ke mana-mana sahaja ia pergi sehinggalah menetas menjadi larva plankton kecil. 

Namun, ada di antara larva itu tidak mampu bertahan untuk terus hidup kerana pengaruh persekitaran seperti kebergantungan pada suhu sekitar 12 hingga 15 darjah Celsius.

Berdasarkan penelitian, selama dalam fasa larva plankton, anak-anak ketam selalu tidak menyerupai induknya. Kerana pada tahap tersebut, ia sangat kecil dan transparensi atau lut sinar. Bertubuh bulat, tidak berkaki dan biasanya hanyut dibawa arus di permukaan laut, sama seperti plankton lain.

Ketam laba-laba gergasi juga umumnya adalah omnivor. Haiwan jenis ini makan apa sahaja yang lebih kecil daripada ‘mereka’ termasuk ikan dan pelbagai jenis tumbuhan. Bahkan, menurut kepercayaan masyarakat Jepun, ketam laba-laba raksasa ini suka memakan manusia terutama nelayan yang tenggelam di lautan.

Tambah Coenraad lagi, makhluk gergasi tersebut boleh memakan apa sahaja yang terjangkau oleh kakinya yang panjang. Dengan kaki sepanjang itu, ketam laba-laba gergasi mampu bergerak dengan pantas ketika menangkap mangsanya.

Sama seperti ketam lain, ketam ini turut memiliki duri di bahagian lengan. Duri-duri tajam tersebut dikatakan boleh menyebabkan kerosakan teruk. Hal ini diketahui selepas terdapat kecederaan serius pada duri-duri ketam yang pernah dijumpai sebelumnya.

Berdasarkan sumber lain mengatakan bahawa antara penyebab mengapa haiwan itu memiliki kulit terlampau keras kerana jangka hayatnya yang mampu hidup lama, melebihi 100 tahun.

Disebutkan juga bahawa ketam raksasa ini sukar ditangkap kerana tinggal di dasar laut yang gelap. Bagi masyarakat Jepun, penangkapan ketam laba-laba raksasa adalah sesuatu yang dinantikan. Ini kerana di beberapa bahagian di Jepun, haiwan ini dianggap sebagai makanan lazat dan memiliki rasa yang sangat sedap.

_____

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Misteri Kuil Ular: Demi pelaris… Pelacur, isteri curang sanggup amal khurafat

“Bawa dua ekor ayam hitam yang berbulu hitam sepenuhnya.” Itulah antara dakwaan penduduk setempat yang sering dikaitkan dengan sebuah kuil...

More Articles Like This