MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tidak membuat permintaan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Selasa lalu.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir Bani berkata, Amirudin berhasrat untuk meneruskan pentadbiran kerajaan negeri ketika menghadap Sultan Selangor.
Menurut beliau, terdapat beberapa kenyataan kurang tepat di akhbar dan media sosial berhubung keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk tidak membubarkan DUN negeri itu.
“Sebenarnya pada 11 Oktober 2022 yang lalu, Menteri Besar Selangor tidak membuat permintaan kepada Sultan Selangor untuk membubarkan Dewan Negeri Selangor pada tahun ini dan berhasrat meneruskan pentadbiran kerajaan negeri.
“Sultan Selangor mengambil maklum akan kedudukan ini dan mengharapkan agenda pembangunan negeri Selangor yang telah dirancang dapat diteruskan demi kepentingan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Sultan Selangor titah segerakan projek rakyat sebelum bubar DUN – MB
Selasa lalu, media melaporkan Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan kerajaan negeri supaya menyegerakan projek berkepentingan rakyat seperti tebatan banjir dan pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam sebelum pembubaran DUN dilakukan.
Amirudin dilaporkan berkata, susulan itu kerajaan negeri mengekalkan keputusan tidak membubarkan DUN susulan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Amirudin tiba di Istana Bukit Kayangan bagi menghadap Sultan Selangor pada jam 10.05 minit pagi dan pertemuan itu berlangsung sekitar dua jam sebelum beliau meninggalkan istana.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

