Satu perangai ibu-ibu yang anaknya cerdik dan akhlak baik – Tak ambil tahu hal orang dan bersyukur

Dari Penulis

Bukan mudah mendidik anak-anak, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memastikan anak membesar dalam suasana yang harmoni dan positif. Dan semestinya ibu bapa ini menunjukkan contoh terbaik untuk diikuti, bukan sekadar memberi arahan.

Orang tua-tua juga sering berpesan agar menjaga mulut dan jangan suka mengambil tahu hal orang.

Perkongsian Siti Suryani Yaakop ini dapat dijadikan pedoman bagaimana akhlak ibu dapat membentuk peribadi anak-anak. Jelasnya ibu hebat ini walaupun nampak biasa-biasa namun punya ciri keperibadian yang sama.

“Saya ada la kenal beberapa orang ibu ni.

Anak-anak semua pandai Ya Rabbi. Bukan saja pandai. Elok juga akhlak dan peribadi.

Nak kata tuisyen pagi petang siang malam tidaklah pulak. Siap maknya kata, “Mana lah saya ada masa awak nak hantar tuisyen”.

Nak kata mak bagi minum susu badan sampai umur 5 tahun untuk tumbesaran otak yang gemilang pun tidak. Katanya minum susu tepung je. Dah rezeki mak tak banyak susu.

Nak kata maknya bagi makan minyak ikan sampai 18 biji sehari pun takda jugak. Jangan kata minyak ikan. Ikan pun jarang makan. Anaknya lebih suka ayam.

Nak kata maknya ulangkaji dengan anak pun takda juga. Mana nak sempat. Kadang dia malam baru balik. Kadang berhari-hari tinggal sebab kerja luar. Tak pun pergi honeymoon kali ke 18 dengan suami. Anak rileks je lepak dengan sepupu dan atok. Enjoy-enjoy je.

Tapi satu saya perati dari mak-mak ni.

Pertama. Tak ambil tahu gosip dan cerita picisan. Kisah lah siapa nak tunjuk baby ke. Nak sorok ke. Artis kahwin ke. Artis cerai ke. Drama baru ke. Last movie dia tengok dulu mungkin cerita P. Ramlee ke barangkali.

Juga kalau berborak dengan dia tak pernah dengar dia cakap pasal orang. Biarpun kadang memang ada hal yang kena diambil kisah. Tapi sentiasa tak pernah ada orang yang salah. Yang ada cuma nak cari jalan selesaikan masalah. Yang diborakkan cuma tentang kisah persekolahan biasanya. Tentang rindu lama tak duduk makan sama. Kisah anak-anak makin besar yang dah pergi merata.

Dan tak pernah merungut walau untuk apa hal sekalipun. Yuran naik ke. Harga barang meningkat ke. Balik kerja penat ke. Banyak memandu sampai sakit urat ke. Sentiasa santai dan berwajah manis depan kita. Cerita kisah rumah kena banjir pun tenang tak risau apa. Dia kata banjir kadang memang kena rumah dia. Nak buat macamana. Kemas je lah harta benda yang ada.

Akhir sekali yang saya belajar. Sentiasa hidup low profile walau kaya raya. Padahal jenis yang bercuti pun tak mainlah dalam negara. Kalau kita puji anak dia pandai, dia kata itu rezeki yang Esa. Ada yang sampai taknak ambik result pun sebab segan nanti cikgu puji anak dia.

Jadi bila dia tak sibuk hal orang dan remeh temeh tentang dunia, banyak masa mereka habis di mana?

Cari ilmu.

Best friend dengan suami.

Melancong tengok keindahan bumi.

Tambah duit.

Jaga rumahtangga.

Urus anak seadanya.

Sedekah dengan berapa yang dia ada.

Mereka tak mengharapkan anak yang sempurna. Mereka bersifat biasa-biasa saja dengan rezeki yang luar biasa. Mereka sentiasa tenang dengan apa saja yang dihantar depan mata.

Bila saya pandang ibu-ibu ni. Saya selalu doa dalam hati. Tak dapat banyak sikit pun jadilah akhlak baik dia tu lekat di hati. Biar bolehlah transfer walau sipi-sipi. Kalau paling tidak pun dapat perelok perangai biar duduk sama rendah berdiri sama tinggi.

Ya Tuhan.

Menjaga hati tu susah.

Menjaga iman tu payah.

Menjaga mulut tu tak mudah.

Menjadi baik tu memang lelah.

Moga kami ibu kuat berubah.

Agar kamu anak beroleh berkah.

Siti Suryani Yaakop

#kaknis”

Sumber : Siti Suryani Yaakop


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gen Z tidak miskin pendapatan tetapi bergelut dalam realiti kehidupan

Felo Penyelidik Pasca Doktoral di Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC), Universiti Malaya, Dr. Nik Zirwatul Fatihah. Pensyarah Kanan di...

More Articles Like This