Remaja lemas mandi air terjun dekat Serendah

Dari Penulis

SEORANG remaja ditemui tidak sedarkan diri selepas lemas di ketika mandi air terjun dekat Serendah, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 1.20 petang.

Sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan membabitkan seorang remaja berbangsa India berusia 19 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di lokasi kejadian.

“Cuaca dilaporkan hujan lebat dan arus sungai deras ketika kejadian.

“Mangsa ditemui di dasar sungai dan tidak sedarkan diri pada pukul 2.55 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pihak bomba membawa naik mangsa ke darat sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This