KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2022 akan dikeluarkan pada Khamis depan (20 Okt).
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan calon boleh membuat semakan keputusan tersebut secara dalam talian menerusi pautan myresultspmu.moe.gov.my bermula 10 pagi pada 20 Okt hingga 6 petang 26 Okt ini.
Selain itu, calon juga boleh memperoleh keputusan secara khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan SPMU dengan menaip ‘SPMU (jarak) Nombor Kad Pengenalan (jarak) Angka Giliran’ dan hantar ke 15888.
SPMU 2022 yang dilaksanakan pada 12 hingga 14 Sept lepas, melibatkan 7,720 calon di 209 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

