Agihan kerusi PN selesai sebelum Jumaat depan – Ahmad Samsuri

Dari Penulis

PERIKATAN Nasional (PN) akan menyelesaikan agihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kalangan parti komponennya bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebelum Jumaat depan.

Pengerusi PN Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata perkara berkenaan akan dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi PN akan datang.

“Sebelum Jumaat akan selesai perbincangan kerusi. (Mesyuarat) fokus pada kerusi DUN dan Parlimen,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penyampaian hadiah kejohanan bola sepak Terengganu Football League di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, malam tadi.

Naib Presiden PAS itu berkata mesyuarat tersebut juga akan memperincikan soal pemilihan calon yang bakal diketengahkan gabungan politik itu pada PRU15 dan menurutnya PAS sudah mempunyai senarai calon berpotensi, namun masih memerlukan penelitian bagi memastikan calon terpilih adalah layak dan boleh menang.

“Senarai calon itu ada…akan dibincangkan dalam mesyuarat itu nanti. Semua sekali kami bincangkan. Kami akan selesaikan cepat kerana sedar pengundi 20 tahun dahulu dengan sekarang berbeza. Dahulu orang tengok (undi) atas parti, tetapi sekarang orang tengok calon,” kata Menteri Besar Terengganu itu.

Semalam, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata senarai akhir calon yang akan bertanding akan diputuskan kepimpinan peringkat pusat selari dengan pembahagian kerusi komponen dalam PN kelak.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua rentung di DUKE, BMW 328I Sport dipercayai dipandu laju hingga hilang kawalan

SEBUAH kereta jenis BMW 328I Sport yang terbabas sebelum terbakar dalam nahas di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) hingga mengakibatkan...

More Articles Like This