PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa kontraktor tempatan yang berkelayakan akan mendapat peluang sebaiknya untuk membangunkan projek-projek pembangunan negara.
Jelas beliau, hal itu selepas pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat yang menfokuskan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan Kerajaan.
Katanya, ia terbukti dengan peruntukan perbelanjaan pembangunan (DE) sebanyak RM95 bilion, yang tertinggi dalam sejarah merangkumi sebanyak 7,615 projek pembangunan.
“Pelbagai tuduhan dilemparkan kononnya DE yang besar ini akan menguntungkan pihak tertentu sahaja.
“Saya beri jaminan bahawa kontraktor tempatan yang berkelayakan akan mendapat peluang sebaiknya untuk membangunkan projek-projek pembangunan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Konvensyen Kontraktor Melayu 3.0 dan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-43 hari ini.
Baca lagi: Hampir semua UMNO bahagian sokong Ismail Sabri PM selepas PRU15
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, Bajet 2023 turut menyediakan pelbagai inisiatif untuk golongan kontraktor seperti peruntukan sebanyak RM500 juta khusus kepada kontraktor kelas G1 hingga G4.
Jelas beliau, antaranya bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan bagi jalan persekutuan, titi dan jambatan kecil, rumah ibadat serta infrastruktur yang rosak akibat banjir.
Katanya, bagi menyokong kontraktor Bumiputera, Kerajaan juga akan menyediakan pembiayaan jangka pendek kepada kontraktor Bumiputera yang terlibat dalam bidang seperti elektrikal dan pembinaan melalui Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPIKE) dengan dana sebanyak RM20 juta.
Tambah Ismail Sabri, sebanyak RM50 juta nilai projek-projek kecil akan dikhususkan kepada kontraktor wanita kelas G1 hingga G4 menerusi inisiatif Kontraktornita bagi menyokong penyertaan lebih ramai kontraktor wanita Bumiputera dalam perolehan Kerajaan.
“Namun kesemua ini akan hanya dinikmati sekiranya bajet 2023 ini dibentangkan kembali dan diluluskan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15.
“Maknanya Kerajaan hari ini perlu dipilih kembali untuk menerajui negara,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

