Pisau yang dibaling seorang remaja perempuan kepada adik lelakinya sehingga menyebabkan maut di Ulu Pulai, Ulu Choh di Iskandar Puteri semalam, disahkan terkena salur darah utama arteri mangsa.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata tindakan remaja perempuan berusia 18 tahun itu telah menyebabkan darah mangsa yang berusia 16 tahun itu, keluar dengan banyak menyebabkan akhirnya dia rebah.

Beliau berkata maklumat itu diperolehi hasil bedah siasat dijalankan ke atas mayat mangsa di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, hari ini.

“Tusukan pisau terkena salur darah utama arteri, menyebabkan darah banyak keluar dan (mangsa) rebah dengan cepat,” katanya ketika dihubungi, malam ini.

Baca artikel berkaitan : Remaja perempuan baling pisau pada adik sehingga maut, direman 6 hari

Semalam, polis menahan remaja perempuan itu selepas menerima laporan mengenai insiden tersebut pada 2.15 petang.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin dilaporkan sebagai berkata tragedi malang itu, dipercayai berpunca daripada pergaduhan kedua-beradik itu yang berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

Remaja perempuan itu direman enam hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram