Seorang remaja perempuan yang dipercayai membaling pisau pada adik lelakinya sehingga menyebabkan maut di Ulu Pulai, Ulu Choh dekat Iskandar Puteri semalam, direman enam hari bermula hari ini.
Tempoh reman sehingga 25 Okt terhadap remaja berusia 18 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurmadiana Mamat di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.
Perintah reman itu dikeluarkan bagi membolehkan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Baca artikel : Adik maut ditikam kakak kerana diejek
Semalam, polis menahan remaja itu selepas menerima laporan mengenai insiden tersebut pada 2.15 petang.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin dilapor berkata tragedi malang itu dipercayai berpunca apabila mangsa yang berusia 16 tahun bergaduh dengan kakaknya berikutan berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram