Lelaki maut dihempap kereta ketika curi tabung ekzos

Dari Penulis

Seorang lelaki maut selepas dihempap kereta setelah alat ‘jack” yang digunakan tergelincir ketika sedang mengeluarkan tabung ekzos kenderaan tersebut di tepi jalan Taman Jaya Utama, Telok Panglima Garang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata hasil siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku antara pukul 4 hingga 6 pagi ketika mangsa, seorang warga tempatan berusia 40 tahun dan rakannya disyaki sedang mencuri tabung ekzos kereta berkenaan.

“Tiba-tiba alat pengangkat kereta yang digunakan terjatuh menyebabkan mangsa maut dihempap bahagian tengah kereta itu. Kes disiasat dibawah kematian mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata bertindak atas maklumat, pihaknya telah menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 32 tahun disyaki rakan mangsa di sekitar kawasan Telok Panglima Garang, pada 10.45 pagi semalam.

“Suspek mempunyai tujuh rekod jenayah melibatkan kes curi ekzos dan pecah rumah serta dua rekod berkaitan kes dadah,” katanya menambah kes disiasat di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri dan suspek akan direman hari ini.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This