Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan 1/18A, Taman Mastiara, Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa memaklumkan, kejadian kira-kira pukul 1.10 petang itu mengakibatkan mangsa maut di lokasi kejadian.

Menurut Mohd Zamzuri, lori jenis Hino itu dipandu lelaki tempatan berusia 52 tahun.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa kedua-dua kenderaan itu sedang membelok ke kiri dalam laluan yang sama.

“Kemudian, berlaku pergeselan antara Honda Wave itu dengan lori berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Zamzuri berkata, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Beliau berkata, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pada masa sama, katanya, sampel air kencing pemandu lori telah diambil untuk ujian saringan manakala ujian Evidential Breath Analyzer (EBA) yang dijalankan didapati negatif.

“Polis turut memohon mana-mana pemilik premis atau orang awam yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) atau kamera papan pemuka supaya tampil membantu siasatan.

“Oran ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Alif Md Noordin di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur di talian 019-2444262,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This